Selepas Adi Putra, Linda Onn pula telah mengesahkan penarikan diri daripada bertanding di dalam ABPBH. Ini satu langkah yang agak mengejutkan. Namun Linda Onn mempunyai sebabnya yang tersendiri mengenai tindakannya ini.
Abang Nara memang suka dengan segmen Linda Onn di Suria FM. Linda memang mesra peminat dan agak kelakar orangnya. Namun begitu, penarikan ini dilakukan demi menjaga hati peminatnya. Kata Linda Onn kepada Mstar Online:-
Saya bukan berkecil hati atau merajuk kerana kalah menang itu adalah perkara biasa dalam sesuatu pertandingan tetapi penarikan diri itu adalah semata-mata kerana peminat saya. Ramai yang datang kepada saya dan mengadu mereka kecewa kerana saya gagal memenangi kategori itu walaupun telah bersusah payah melakukan undian
Malah Linda Onn turut mengakui yang reputasi sedikit terjejas kerana sering gagal memenangi kategori yang dirinya tercalon di ABPBH. Kata Linda Onn lagi:-
Saya sudah puas dicalonkan dan menang dalam kategori itu dan tiba masanya laluan diberikan kepada wajah-wajah baru malah saya yakin peminat akan terus menyokong kerjaya saya walaupun tidak bertanding. Apabila kerap dicalonkan dan tidak menang sedikit sebanyak reputasi saya turut terjejas. Jadi keputusan ini saya lihat adalah terbaik dan peminat juga kini lebih mementingkan kualiti daripada populariti.
Setiap keputusan yang diambil ada baik dan buruknya. Mungkin ini adalah langkah terbaik buat Linda Onn. Bolehlah Linda fokus kepada kerja dan mana tahu, percintaan selepas ini. Hehehe ~~