January 5th, 2010

linda onn

Akhirnya sahlah khabar angin yang kami dengar menyatakan Linda Onn telah meninggalkan Sinar FM. Mungkin tak tahan dengan lawak Abang Jem kot. Atau mungkin takut terpikat dan menjadi bini nombor 4 Abang Jem (hehe, nie memang lawak semata-mata). 31 Disember 2009 yang lepas adalah hari terakhir Linda Onn di Sinar FM dan di AMP Radio.

Khabar angin yang lain menyatakan yang Linda Onn bakal menjadi dj radio kat Suria FM. Tapi buat masa ini Linda masih nak berehat sambil menumpukan perhatian terhadap restoran nasik ayam dia. Kami tak pernah try nasik ayam Linda Onn nie tapi dengar ceritanya leh tahan gak sedap. Ada sesapa pernah try? Leh bagitau kat sini.

Buat Linda Onn, BeautifulNara ingin mengucapkan selamat maju jaya di tahun 2010. Tak kiralah kat radio mana pun. Yang penting hati mesti gembira. Dan kalau nak tambah kegembiraan di hati sudah semestinya kena cari pakwe cepat-cepat. Dah lama sangat menyolo tue. Rasanya ramai yang sanggup nak jadi pakwe Linda Onn. Muka pun lawa, duit pun banyak. Tak gitu?

Sumber dari Murai.


Comments are closed.

Loading...