August 5th, 2016

Bulan Jun lepas, Linda Onn mengumumkan beliau telah menamatkan kontrak sebagai penyampai radio di Suria FM. Ramai yang rindu ingin mendengar suara Linda di corong radio. Linda antara penyampai radio yang cukup pandai menghiburkan pendengar.

Nampaknya  rindu peminat Linda akan terubat apabila Linda memberitahu beliau kini kembali ke udara di stesen radio Sinar FM.

Berita gembira tersebut diumumkan sendiri oleh Linda menerusi akaun Instagramnya.

lindaonn7Disini segalanya bermula.. Tahun 1998, ayah dan ibu teman Linda untuk audition radio Era yang masih baru. 11 tahun kemudian beralih ke Sinar fm, lepas tu keluar “rumah” kejap dan kini setelah 6 tahun, Linda kembali di tempat membesarnya nama Linda Onn.

Rindu betul kafe ni..tempat kita lari2 dulu terkejar2 beli air time tengah on air hehe. Habis on air, terkejar utk tv show pulak. Oh memori! Esok, Sabtu 6 Ogos, Linda kembali ke udara di @sinarfm pukul 8 pagi – 12 tghari dan ulangan Ahad 8 – 12 mlm dalam Sinar 40 bersama @hefnysahad . #rindu #memories #onair #sinarfm #LOatWork #radio #radioAnnouncer

Lepas ini konfirm rating Sinar FM akan lebih meningkat dengan kehadiran Linda Onn bukan? Ini berita yang cukup menggembirakan buat peminat beliau.

Sumber Berita : Instagram Linda Onn


Comments are closed.

Loading...