Linda Jasmine Dan Que Haidar Tak Bagi Anak-Anak Ada Media Sosial – “Risau ‘Upload’ Benda Bukan-Bukan”

Hiburan

Linda Jasmine Dan Que Haidar Tak Bagi Anak-Anak Ada Media Sosial – “Risau ‘Upload’ Benda Bukan-Bukan”

Personaliti hiburan, Linda Jasmine mengakui dia dan suami, pelakon Que Haidar masih belum membenarkan anak gadis mereka, Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra untuk mempunyai akaun media sosial mereka sendiri.

Akui tak benarkan anak ada media sosial

Menganggap anak-anak masih belum matang, Linda juga menafikan dia dan suami sebagai garang namun takut dengan realiti dunia kini.

Advertisement

Anak sulung saya ada media sosial dia sendiri sebab dia sudah pun berusia 24 tahun. Tetapi Ratu dan Cleopatra tak ada media sosial sebab saya dan Que takut dengan dunia sekarang ini.

Kami tak bagi izin adalah kerana kami risau kalau-kalau mereka muat naik sesuatu yang kami sendiri takut tengok.

Ujarnya lagi, dia dan Que perlu memainkan peranan agar tiada sebarang perkara negatif berlaku.

Saya dan Que bukan garang, sebaliknya hanya tegas dalam mendidik memandangkan situasi era siber sekarang tidak macam kami dulu.

Macam Ratu ada juga dia ‘join’ menari dan masuk dalam Instagram rakannya dan pada saya aktiviti sebegitu tidak mengapa sebab tarian memang kesukaannya.

Perlu berhati-hati kerana realiti dunia yang menakutkan

Menurut Linda, jika anak-anaknya mempunyai media sosial dan memuat naik sebarang ‘kontent’ yang dirasakan okay namun tetap dikecam, ia bukanlah sesuatu yang menjadi.

Bagi saya, kalau dia ada media sosial dan dia muat naik apa-apa yang okay di mata saya tetapi dikecam segelintir netizen, saya okay saja.

Tetapi kalau dia ada media sosial ditambah pula dengan usia dia yang masih muda, saya takut dia ‘post’ benda yang saya rasa tak okay.Budak-budak kan? Kadang-kadang kita tak tahu apa yang diorang buat.

Sekadar info, Linda dan Que Haidar telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Ratu dan Cleopatra.

Linda sebelum ini pernah berkahwin kali pertama dan mempunyai seorang anak lelaki, Qalif Khan yang kini berusia 24 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ali puteh norhidayah
10 months ago

"Nanti Korang Akan Tahu Jugak Kes Apa" - Rupanya Kes Dengan Ali Puteh Belum Selesai, Hidayah Muat Naik Surat Mahkamah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : ohbulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...