Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Linda Hashim Nafi Nama Anak-Anaknya Pelik, Jelas Semuanya Ada Maksud Yang Baik

Jelita Clarissa dan Anggun Cassandra, bunyi bagi nama bagi anak-anak pasangan Linda Hashim dan Beego ini cukup sedap didengar bukan? Namun,  ada yang menganggap  nama itu agak pelik dan mempersoalkan makna disebalik nama-nama tersebut.

Advertisement

Berbicara mengenai isu ini, Linda menerusi mStar Online berkata nama-nama itu tidak pelik dan sebenarnya membawa maksud yang agak baik.

Bagi saya nama itu tidak pelik dan yang penting mempunyai makna yang baik, kami rasa nama tersebut unik dan berbeza daripada kebanyakkan nama lain.

Anggun dan Jelita itu nama Melayu klasik pilihan suami. Jelita Clarissa membawa maksud jelita yang jelas, manakala Anggun Cassandra membawa maksud anggun yang prihatin.

Buat anak keduanya Anggun, Linda telah memilih nama tersebut daripada beberapa senarai nama yang beliau sudah fikirkan sewaktu  mengandung. Malah, beliau juga mendapatkan nasihat beberapa orang yang terdekat termasuk ibu mertuanya untuk memlih nama yang sesuai.

Sebenarya banyak nama yang difikirkan sesuai. Saya juga minta pendapat daripada ibu mertua dan kawan-kawan rapat.

Suami yang pilih nama awal iaitu Anggun dan nama akhir pula dia serahkan kepada saya untuk pilih.

Asalkan ada maksud yang baik tidak mengapalah, jangan pula nama sedap didengar tetapi tidak membawa apa-apa erti. Nama sebenarnya sedikit sebanyak melambangkan keperibadian seseorang itu juga.

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top