Linda Hashim Dedah Anak Jadi Saksi Pergolakan Rumah Tangga – “Anak Tanya Bila Saya Nak Cerai”

Trending

Linda Hashim Dedah Anak Jadi Saksi Pergolakan Rumah Tangga – “Anak Tanya Bila Saya Nak Cerai”

Pelakon, Linda Hashim telah mendedahkan anak sulungnya iaitu Jelita Clarissa bertanya mengenai status permohonan cerainya terhadap suami, Beego.

Memetik laporan OhBulan!, Linda atau nama lengkapnya Norhazlinda Hashim berkata, anak-anaknya tidak menghalang tindakannya untuk bercerai kerana mereka mahu melihat ibu mereka bahagia.

Advertisement

linda hashim

Anak saya yang sulung, Jelita ada tanya bila saya nak bercerai? Saya tak cakap apa-apa dengannya tapi mungkin ada kawan dia beritahu yang saya pergi ke mahkamah melalui berita.

 

Mungkin juga kawan dia tahu dia anak siapa dan turut bertanya kepadanya. Saya minta maaf dan katakan yang saya ada masalah.

 

Tapi dia sokong dan tidak menghalang. Dia cakap tak mengapa mummy. Buat sahaja yang terbaik sebab Jelita nak mummy happy. Janji mummy happy.

Difahamkan, mahkamah telah memutuskan kes permohonan cerai pasangan pelakon itu akan diteruskan dengan pelantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 23 April depan.

linda hashim and beego

Dalam pada itu, dia turut memberitahu dia tidak pernah menyembunyikan apa-apa daripada anaknya kerana mereka sudah tahu apa yang terjadi dan menjadi saksi segala kemelut yang berlaku.

Saya tak pernah ambil masa untuk beritahu anak-anak sebab mereka tahu apa yang terjadi. Segala yang berlaku semuanya depan anak-anak.

Dia turut berkongsi bahawa selama 12 tahun bersama Beego, dia telah mengumpul segala kekuatan untuk menghadapi cabaran dalam rumah tangga.

Kekuatan itu datang daripada situ, bukan daripada sesiapa. Saya tak bergantung kepada sesiapa, hanya kepada Allah. Alhamdulillah, Allah yang beri kekuatan itu selama ini.

Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke mahkamah untuk membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak selepas rujuk semula pada April setelah bercerai pada Mac tahun yang sama.

Namun, mereka kembali bercerai beberapa bulan kemudian tetapi merahsiakannya kerana khuatir dianggap mempermainkan institusi perkahwinan.

beego nafi pukul linda
6 days ago

"Keganasan Rumah Tangga Itu Tidak Pernah Berlaku" - Beego Nafi Pukul Linda, Enggan Cerai Kali Ketiga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...