Linda Hashim Banyak Lakukan Solat Hajat & Taubat Menjelang Perkahwinan

Hiburan

Linda Hashim Banyak Lakukan Solat Hajat & Taubat Menjelang Perkahwinan

Menarik juga cara persiapan daripada segi fizikal dan rohani yang telah dilakukan oleh Linda Hashim menjelang perkahwinannya dengan Beego pada 7 Jun ini. Untuk makluman, mereka berdua akan dinikahkan di Masjid Usamah Bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju selepas solat Isyak.

linda hashim beego

Advertisement

Berkata kepada Mstar Online, Linda Hashim memberitahu yang dia banyak melakukan solat hajat dan solat taubat di samping berdoa agar majlis perkahwinannya akan berjalan dengan lancar. Kata Linda:-

Sebagai persiapan diri, saya banyak buat solat sunat taubat dan hajat. Sebagai manusia biasa kita banyak melakukan kesilapan dan kalau boleh perkara baik ini Allah akan memudahkannya. Saya takut kalau demam atau sakit pada hari itu nanti, jadi saya jaga pemakanan dan ambil vitamin tambahan untuk tambah tenaga. Selain itu, saya juga lebih berhati-hati kerana orang tua-tua kata nak jadi pengantin baru, ‘darah manis’ tapi terpaksa jugalah keluar buat apa yang patut

linda hashim dan beego

Insya Allah benda yang baik akan dipermudahkan olehNya. Sama-samalah kita doakan agar majlis pernikahan Beego dan Linda Hashim akan berjalan lancar. Apa pun, Abang Nara ingin ucapkan tahniah in advance kepada bakal mempelai kita. Semoga bahagia dan kekal bersama sehingga ke akhir hayat.

P.S: Baby mugging – trend blogger mama di UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...