“Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah” – Anak OKU Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak

Branded

“Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah” – Anak OKU Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak
  • Bayangkan dari kecil, tidak mempunyai keupayaan untuk mendengar dan bercakap, diejek pula oleh rakan sebaya. Apa perasaan anda kalau anda berada dalam situasi itu?

Ditambah pula dengan harapan yang diberi oleh ayah sendiri, agar dapat pulih suatu hari nanti, namun ia hanya sekadar harapan yang tergantung? Sedihkan?

Itulah apa yang Lina lalui sepanjang dia membesar sebagai orang kelainan upaya pendengaran. Jom selami lebih mendalam kisah dirinya.

“Kalau Saya Belajar Sekalipun, Boleh Ke Dia Bercakap?” – Ayah

Sejak kecil lagi, Lina sering ditemani oleh ayahnya ke sekolah untuk belajar menggunakan bahasa isyarat.

Pada waktu itu juga, ayahnya pernah berjanji untuk berusaha mencari jalan agar dapat memulihkan pendengaran Lina.

Namun, segalanya berubah apabila mereka mendapati bahawa harga peralatan pendengaran sangat mahal, menyebabkan ayahnya putus harapan.

Apabila Lina besar, Lina mula tangkap perbualan antara ibu bapanya dengan membaca pergerakan mulut mereka, dan dari situlah Lina tersentak dengan ayahnya.

“Kalau nak cakap pasal harapan ni, berapa lama dah saya berharap” Lina ternampak bibit bicara ayahnya yang sedang bertengkar dengan ibunya di ruang tamu.

Dari situ Lina sedar yang dia perlu melakukan sesuatu agar ayahnya tidak putus harapan dengan dirinya, supaya mereka berdua boleh berkomunikasi semula seperti dulu.

Apakah yang Lina lakukan untuk menaikkan semangat ayahnya? Adakah ayahnya masih berharap pada Lina selepas apa yang dia lakukan? Kalau nak tahu, tonton iklan raya U Mobile: Suaraku sampai habis.

Teknologi Melangkui Batas, Merapatkan Semula Jalinan Yang Renggang

Iklan raya U Mobile: Suaraku ini bukanlah sekadar iklan yang kita selalu lihat di media sosial. Ia membuktikan bahawa teknologi mampu melangkui batas dan menjalinkan semula kasih antara yang tersayang dengan menggunakan AI.

Paling penting, ia bukanlah sekadar gimik di dalam iklan semata, ia adalah satu kenyataan yang yang direalisasikan.

Dengan menggunakan teknologi AI, U Mobile telah menghasilkan kompilasi rakaman e-ucapan daripada komuniti kurang upaya pendengaran yang anda boleh lihat di penghujung iklan raya.

Sebakkan? Itulah yang dirasai oleh mereka yang buat pertama kalinya dapat mendengar suara insan tersayang.

Jadi, untuk Syawal ini, sama-sama beringat bahawa setiap ucapan Raya, ucapan rindu, ucapan sayang, bukanlah sekadar ucapan kosong. Ia mempunyai makna yang perlu kita fahami dan pahat di dalam hati.

Kekal Terjalin Walaupun Jauh Dengan Pelan Internet Keluarga U Mobile, U Family 128

Tak kira di mana saja pun kita berada, walau jauh di mata, namun kita masih boleh mengekalkan lagi jalinan bersama tersayang dengan pelan terbaru daripada U Mobile, U Family 128.

Menariknya, pelan internet ini menawarkan data pantas sebanyak 1,000GB yang boleh dikongsi bersama 4 orang ahli keluarga tau.

Psst, pelan ini juga menawarkan Beli 1 Percuma 1 untuk peranti 5G terkini tau, seperti realme GT7 Pro (percuma realme 13 Pro), Samsung Galaxy S25 Ultra (percuma Samsung Galaxy S25) dan OPPO Find X8 Pro (percuma OPPO Reno13).

Jadi, memang berbaloi sangat kalau anda sekeluarga menggunakan pelan internet keluarga U Family 128 ni! Tunggu apa lagi tu, jom dapatkan sekarang!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi U Mobile, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

U Mobile ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...