Lin Dan Mengaku Curang Ketika Isteri Hamil, Mohon Maaf Di Laman Media Sosial

Trending

Lin Dan Mengaku Curang Ketika Isteri Hamil, Mohon Maaf Di Laman Media Sosial

Jaguh badminton China, Lin Dan, membuat kejutan mengakui mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain ketika isterinya hamil.

Advertisement

Sebelum pengakuan itu dibuat, beberapa keping gambar dan klip video mesra Lin Dan bersama seorang wanita dimuat naik di Weibo telah tersebar.

Sebuah klip video menunjukkan mereka berpelukan di dalam bilik sebuah hotel.

Gambar dan video itu dimuat naik oleh pengguna Weibo bernama ‘Detective Zhao’, yang terkenal dengan gosip selebriti.

Zhao mendakwa rakaman itu diambil pada Oktober lalu.

Isteri Lin Dan, Xie Xingfang, yang merupakan bekas bintang badminton melahirkan bayi lelaki sulung mereka di Beijing pada 5 November lalu hasil dari perkahwinan mereka sejak 2012.

Wanita dalam gambar berkenaan dikenal pasti adalah Zhao Yaqi, seorang model dan artis di China.

Sedar dengan penyebaran rakaman tersebut, Lin Dan dengan segera meminta maaf dalam laman media Weibo dengan berkata: “Sebagai seorang lelaki, saya tidak mahu memberikan sebarang alasan tetapi tindakan saya sudah melukakan hati keluarga saya.

“Saya memohon maaf kepada mereka semua di sini.”

Lin Dan adalah juara dunia lima kali, selain pemenang pingat emas Sukan Olimpik sebanyak dua kali.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...