Limited Edition Pepsi Salted Caramel, Kolabrasi Rasa Menarik Cola dan Caramel

Trending

Limited Edition Pepsi Salted Caramel, Kolabrasi Rasa Menarik Cola dan Caramel

Sepanjang tahun ni kita tengok pelbagai minuman campuran yang menarik keluarkan dari perusahaan kecil mahupun gergasi. Coca Cola pula kembali kepada basic apabila menjual minuman coke versi klasik mereka.

Advertisement

Pengusaha tempatan pula mengeluarkan minuman yang agak menarik, jika dilihat wujud pelbagai stall yang menjual minuman seperti mangga milkshake, kopi butter, teh hijau dan baru baru ini kami melihat trend Teh Ais Vanilla.

Pepsi pula datang dengan versi minuman mereka yang menarik dimana rasa cola dan caramel digabungkan. PepsiCo menyatakan versi minuman soda mereka ini mempunyai sentuhan rasa caramel pada akhir rasanya. Mereka juga mengatakan yang versi ini mempunyai kandungan gula yang kurang berbanding versi biasa.

Kalau dilihat pada pesaing mereka coca cola, gabungan rasa ini telah lama dibuat dengan product Vanilla Coke. Agak bijak kerana Vanilla adalah antara rasa yang paling diminati di dunia.

Pepsi juga pernah mengeluarkan Pepsi Vanilla tapi tidak mendapat sambutan yang hebat seperti Coca Cola. Mungkin Pepsi Salted Caramel ini lebih hebat? Ya kalau masuk di Pasaran Malaysia boleh la kita merasa. Post ni pun sekadar berikan info kepada anda jela. Buat masa ni Pepsi Salted Cola hanya available di Pasaran US sahaja, untuk limited time only.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...