Lima daripada enam lelaki mengaku bersalah memukul seorang lelaki kurang upaya (OKU) di Pasar Pagi Chukai, bukan lepas.
Keenam-enam tertuduh hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman dan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli berkata lima daripada tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan bagaimanapun seorang lagi lelaki mohon untuk dibicarakan.
Tambahnya, kesemua tertuduh yang mengaku bersalah itu dikenakan hukuman denda sebanyak RM2,000 setiap seorang.
Polis menasihati orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kenyataan dan spekulasi yang tidak benar.
Katanya lagi, pihak polis akan sentiasa memastikan siasatan secara telus dan adil serta turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang prihatin menyalurkan maklumat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.