Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Lima Tahun Menghilang, Nomad Ingin Kembali Menyinar Menerusi Program Gegar Vaganza Musim Ke-7

Penyanyi yang namanya meningkat naik menerusi lagu Tetap Menantimu, Nomad memberitahu akan kembali ke industri muzik tanah air menerusi penyertaannya dalam program realiti TV, Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7).

Mengakui merasa satu kerugian apabila tidak aktif dan menyepi dari bidang nyanyian semenjak lima tahun yang lalu, Nomad berazam untuk kembali menyinar dalam penyertaannya dalam program itu kali ini.

Advertisement

“Lima tahun tu saya dah rasa macam-macam kerugian. Tapi saya berterima kasih kepada semua yang mendengar dan suka akan lagu Tetap Menantimu. Sebenarnya saya bukan menghilang, tapi saya sedang fokus pada kerjaya saya. Dulu saya bekerja sendiri tapi bukan dalam industri.”

Turut menyatakan bahawa minat dalam bidang nyanyian tidak pernah hilang dari sanubari, Nomad berasa tidak yakin untuk membuat ‘comeback’ namun kini persepsinya berubah setelah mendapat peluang untuk menyertai program tersebut.

Advertisement
View this post on Instagram

?? Band kenduri orang kawin ??

A post shared by NMA (@nomadaish88) on

“Nyanyian tidak pernah hilang dari diri saya. Cuma sebelum ini sebelum GV7 datang kepada saya, saya tidak yakin untuk kembali. Tapi selepas diyakinkan oleh pihak pengurusan Indigital Music, saya rasa inilah masanya untuk saya betulkan keadaan terumanya tentang ‘confidence’..”

Dia yang ditemui ketika sidang media pengenalan peserta GV7 memberitahu dirinya sudah bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk menerima kritikan daripada netizen dan pihak juri.

Dalam pada itu, Nomad turut memberitahu perancangan masa hadapan di mana dia akan mula aktif dan serius dalam bidang nyanyian usai sahaja program Gegar Vaganza musim ke-7 itu selesai.

Sumber : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama