Memandangkan tuan rumah tiada, maka tugas mencuri barang-barang bernilai tentu menjadi lebih mudah. Itulah yang difikirkan oleh lima orang perompak di sebuah rumah di Indonesia baru-baru ini. Namun, jangkaannya silap sama sekali apabila mereka sudah tersalah memilih rumah untuk dipecah masuk.
Difahamkan, pemilik rumah yang dirompak oleh kelima orang lelaki berkenaan sedang berada di luar bandar dan sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerana telah dijangkiti COVID-19.
Tambah melucukan ialah mereka bukan sahaja tersalah memilih rumah malah mereka turut tidak sempat melarikan diri daripada pihak polis.
‘Malang tidak berbau’
Kelima-lima perompak itu dikatakan telah dipaksa untuk melakukan ujian saringan COVID-19 di balai polis kerana kemungkinan besar mereka telah dijangkiti. Hal ini dilakukan untuk memastikan kelima-lima mereka bebas dari virus itu sebelum digabungkan dengan tahanan yang lain.
Hal ini kerana kelima-lima mereka sempat masuk ke dalam rumah tersebut dan sempat mencuri 15 gram koleksi emas serta wang tunai sebanyak RM6,000 sebelum ditangkap oleh pihak polis Indonesia.
Indonesia kini telah mencatat sebanyak 13,645 kes positif COVID-19 dengan 959 kematian dan hanya 2607 kes sembuh di negara itu.