Lima Murid Sekolah Darjah 1 Di Seremban Dijangkiti Virus H1N1

Trending

Lima Murid Sekolah Darjah 1 Di Seremban Dijangkiti Virus H1N1

Seramai lima murid tahun satu Sekolah Rendah Islam (SRI) Seremban disini disahkan dijangkiti virus Influenza A (H1N1) petang tadi, lapor portal Utusan Online.

Advertisement

Difahamkan, kanak-kanak itu didapati positif dengan viral tersebut selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini akibat demam.

Dua daripada kanak-kanak itu kini dirawat di hospital manakala tiga lagi dipantau di rumah masing-masing.

Sementara itu, pihak sekolah menerusi satu memo kepada ibu bapa memberitahu murid lain yang mengalami demam tidak dibenarkan hadir ke sekolah dan diminta berehat di rumah.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRI Seremban, Nordaniel Hamzah ketika dihubungi mengesahkan memo itu dikeluarkan oleh pihak sekolah.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Zainudin Mohd. Ali memaklumkan pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut.

“Saya ada mendengar tentang kes itu dan pihak kami sedang mendapatkan pengesahan mengenainya kerana kes berkenaan dikendalikan hospital swasta.

“Baru-baru ini satu kes H1N1 turut dilaporkan berlaku di Jempol, bagaimanapun secara umumnya H1N1 di Negeri Sembilan masih terkawal,” katanya.

Sumber : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...