Filem Polis Evo 2 semakin mendapat sambutan hangat dan telah mencatat kejayaan tersendiri apabila meraih kutipan lebih RM 10 juta selepas lima hari ditayangkan.
Menampilkan barisan pelakon hebat iaitu Shaheizy Sam, Zizan Razak, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Hairul Azreen dan Sofi Jikan, filem ini mendapat reaksi yang sangat positif daripada penonton.
Terdahulu, beberapa hari sebelum tayangan rasmi, Polis Evo 2 mencetuskan kontroversi didakwa menampilkan imej umat Islam sebagai pengganas sehingga menjadi viral di media sosial. Tuduhan tidak berasas itu dibuat oleh seorang ustaz yang hanya menilai keseluruhan jalan cerita berdasarkan trailer rasmi sahaja di YouTube.
Tahniah kami ucapkan kepada semua kru dan pelakon Polis Evo 2 yang berusaha untuk memberikan yang terbaik sehingga berjaya membangkitkan kehangatan filem tempatan. Semoga terus sukses.
Sumber Berita : Instagram Astro Shaw

sistanya
November 29, 2018 at 9:54 am
masa sebelum kuar cerita ni sibuk suruh boikot bagai. bila cerita dh kuar mana org yg suruh orang ramai boikot tu? tetiba hilang pulak. #sistanyaje.
Anon III
November 28, 2018 at 9:14 pm
Citer ni best giler!! Jauh lagi best dan penuh aksi berbanding citer Paskal tu. Xkisahla hero katik tapi lakonan mantap dan berkesan! Daripada amik hero tinggi lampai tapi kaku xguna gak kan kan? huhu
El
November 28, 2018 at 5:47 pm
Gossip luna maya dan faizal nassimuddin
Anonymous
November 28, 2018 at 4:01 pm
serius best ke, x best
duobio
November 29, 2018 at 9:28 am
x best sis
faraj
November 28, 2018 at 1:18 pm
ingat Kerajaan Baru dh ubah lah teknik perniagaan…Hampehhhh masih takok lama gk….Ingat Rakyat Malaysia ni Bodoh ..!!! org Umno & Pas percaya lah kutip juta2 ni …..wakakakakaa