Lima Bulan Menyepi Tanpa Video Masakan, Peminat Teruja Sugu Pavithra Kembali Aktif Di Youtube

Hiburan

Lima Bulan Menyepi Tanpa Video Masakan, Peminat Teruja Sugu Pavithra Kembali Aktif Di Youtube

Agak lama menyepi setelah dihimpit pelbagai kontroversi, selebriti Youtube yang popular dengan video masakan-masakan enak,  Sugu Pavithra khabarnya telah kembali memeriahkan platform tersebut.

Sugu PavithraSumber : Youtube Sugu Pavithra  

Sudah pasti ramai yang menanti dan teruja setelah agak lama mereka tidak memuat naik sebarang video sekitar hampir enam bulan menyepi tanpa khabar berita.

Advertisement

Namun begitu, sejak seminggu lalu, akaun Youtube pasangan ini kembali aktif apabila Pavithra telah memuat naik video masakan terbaru iaitu resipi Briyani Kambing dan Salad Timun.

 

Ketika menjengah di ruangan komen, ramai pengikut dan peminat telah menyambut baik kemunculan semula Sugu Pavithra dan turut berharap agar pasangan itu akan terus berkongsi video masakan seperti sedia kala.

Terdahulu, pasangan Youtuber ini yang mempunyai hampir 820,000 pengikut itu dilaporkan telah memadam semua video masakan yang telah diterbitkan sebelum ini pada Oktober lalu.

Komen YT SuguSumber : Youtube Sugu Pavithra  

Ini berikutan pasangan ini mendakwa enggan dikenali ramai setelah terpalit kontroversi di mana suami kepada Pavithra iaitu Sugu telah ditahan pihak berkuasa atas kesalah memukul isterinya itu pada Julai 2020. Susulan kes tersebut, Pavithra telah menarik balik laporan polis dan bertindak untuk memaafkan kesalahan serta kekasaran yang dilakukan Sugu terhadap dirinya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...