Melalui laporan Harian Metro, Menteri Pulang Pinang, Lim Guan Eng telah menerima beg hitam berisi wang RM1 juta dengan tangan kaki sambil tersenyum.
Guan Eng tersenyum terima beg berisi RM1 juta
Menurut saksi yang ke-37 pendakwaan yang juga merupakan ahli perniagaan, G Gnanaraja berkata dalam keterangan bahawa dirinya sendiri menyerahkan beg berisi wang itu kepada Guan Eng yang penasihat DAP.
Kata Gnanaraja, beg berkenaan diserahkan kepada Guan Eng sewaktu perbincangan sulit di kediamannya sekitar jam 2 hingga 3 pagi pada 29 Ogos 2017 yang turut disertai bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.
Lim Guan Eng menyambut beg yang diserahkan oleh saya dengan menggunakan tangan kanan sambil tersenyum. Saya dapat lihat selepas mengambil beg itu, beliau terus masuk ke dalam kereta dan meletakkan beg berkenaan di atas riba beliau.
Ahli perniagaan serahkan kepada Guan Eng
Sebelum ini, saksi berkenaan memaklumkan selepas menerima dua beg hitam berkenaan daripada Zarul Ahmad, dia telah menyimpan beg itu di dalam bilik kerjanya.
Dedah Gnanaraja, satu lagi beg dikeluarkan olehnya pada 20 Ogos 2017 dari bilik kerja untuk diserahkan kepada Guan Eng ketika menghantar Ahli Parlimen Bagan itu ke Publika, Hartamas.