Lim Guan Eng Ditahan Malam Tadi Dan Akan Didakwa Pagi Esok – SPRM

Trending

Lim Guan Eng Ditahan Malam Tadi Dan Akan Didakwa Pagi Esok – SPRM

Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Sumber SPRM menyatakan Lim ditahan selepas diambil keterangannya mengenai kes itu di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, sebentar tadi kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Advertisement

SPRM turut menyebut Lim akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta di sini pada 9 pagi esok mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Lim dikatakan juga akan turut didakwa pada 10 Ogos di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang itu bersangkutan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.”

Peguam Negara turut memberi keizinan kepada pihak SPRM untuk mendakwa Lim bagi kes yang lain di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang mengikut Seksyen 23 Akta SPRM.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...