Selepas mengetahui penyanyi Alif Satardisahkan positif COVID-19 semalam, lantas para selebriti yang terlibat di pentas separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) dilihat tampil melakukan ujian saringan susulan Alif juga merupakan antara peserta yang melakukan persembahan di SFMM 35 pada hari pertama.
Meninjau ke Iaman Instagram, jelas kelihatan beberapa selebriti tanah air tampil berkongsi video dan foto mereka melakukan ujian saringan COVID-19 antaranya Sherry Alhadad, Hael Husaini, Zynakal, Ernie Zakri, Syamel, Aina Abdul dan Stacy.
Bagaimanapun, seakan mencuri tumpuan ialah tindakan Alif yang dilihat tidak segan memohon maaf di ruangan komen setiap artis yang terpaksa melakukan saringan tersebut susulan menjadi salah seorang kontak rapatnya.
Bukan itu sahaja, Alif yang popular dengan sikap profesionalnya itu turut menitip doa agar semua yang terlibat sentiasa dirahmati dan terhindar daripada jangkitan berbahaya tersebut.
Bagaimanapun, ramai kini seakan tidak menyalahkan Alif di atas apa yang berlaku, malah pengikut serta rata-rata rakan artis juga tidak terlepas mendoakan agar Alif segera sembuh.
Untuk rekod, pengurus Alif iaitu Adlina kini memaklumkan ibu bapa Alif serta adiknya kini disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan beberapa hari lalu.