Lihat Orang Berpusu Keluar, Ernie Zakri Bingung

Hiburan

Lihat Orang Berpusu Keluar, Ernie Zakri Bingung

Melihat kerenah segelintir masyarakat seolah meraikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan keluar berpusu-pusu ke tempat awam menyebabkan Ernie Zakri seakan bingung.

ernie zakri

Advertisement

Ernie yang popular dengan lagu Ku Bersuara itu meluahkan rasa bimbang apabila melihat sikap rakyat tempatan yang enggan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut sumber daripada Berita Harian, Ernie yang sentiasa peka dengan keadaan sekeliling bagai hilang kata-kata melihat salah satu gambar dan video yang tular di media sosial

Lebih mengejutkan Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, restoran mamak kegemarannya juga turut diserbu pelanggan.


Ernie zakri

 

“Bayangkan PKPB ini baru bermula, saya bagaikan hilang kata-kata. Kalau terus bersemangat dengan sikap positif, agaknya semua boleh beraya macam biasa,” kata Ernie.

Tambahnya lagi, demi kebaikan bersama, Ernie juga bercadang untuk menyerlahkan lagi peranan masing-masing dengan menghalang ahli keluarga yang enggan mematuhi perintah untuk keluar daripada rumah.

Ernie yang kini difahamkan telah berkurung di kediamannya selama lebih 40 hari itu dilihat begitu kecewa dengan apa yang terjadi.

Ernie Zakri

“Kenapa? Catatan kes kembali naik. Sebelum ini, saya senyum apabila angka hanya sekitar 30 lebih.

“Bagaimanapun, apabila kes positif naik meningkat sehingga 100 kes, saya termenung sekejap. Kenapa boleh jadi seperti ini,” kongsinya lagi.

Meskipun pemenang Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 32 menerusi lagu Aku Cinta itu tampak kecewa dan mempersoalkan mengapa kes positif wabak COVID-19 kembali meningkat beberapa hari lalu, namun tetap berharap akan menemui solusi yang terbaik bagi menangani rantaian wabak ini dari terus bereluasa.

 

Sumber: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...