Lihat Komen KJ Selepas Disangka Cuba Bodek Kerajaan

Trending

Lihat Komen KJ Selepas Disangka Cuba Bodek Kerajaan

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memang terkenal dengan kelantangannya menyuarakan pendapat serta kritikan sejak dulu lagi. Setelah menjadi pembangkang, KJ semakin aktif di media sosialnya untuk ‘menegur’ apa sahaja yang dirasakan tidak sepatutnya dilakukan oleh kerajaan sekarang.

Baru-baru ini, KJ di laman twitter miliknya, dia telah mengucapkan ‘tahniah’ kepada kerajaan sekarang kerana ekonomi yang semakin kukuh walapun hanya baru 4 bulan memerintah dibandingkan dengan 60 tahun dulu.

Advertisement

Tweet KJ itu membalas satu link oleh Sinar Harian yang melaporkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengatakan ekonomi Malaysia kukuh dan berdaya tahan.

Ayat yang bertujuan memerli itu telah disalah anggap oleh seorang lelaki dengan membalas tweet tersebut. Kononnya KJ sedang mengampu kerajaan baru dan cuba untuk menyertai Pakatan Harapan.

Khairy tidak berdiam diri, dia juga telah membalas tweet lelaki itu serta membetulkan penggunaan perkataan bahasa inggerisnya yang salah.

Saudara mungkin tidak faham ‘sarcasm’

Tweet itu juga turut dibalas oleh Tan Sri Dr Rais Yatim yang cuba menterjemahkan ‘sarcasm’ kepada sindiran dan beliau hanya ingin bermain bahasa sahaja.

Bukan itu sahaja, ramai lagi yang memberi pelbagai reaksi dan rasa terhibur dengan tweet-tweet tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...