Lihat Kenapa Kanak-Kanak Ini Berani Sertai Program Berkhatan Walaupun Bukan Seorang Islam

Trending

Lihat Kenapa Kanak-Kanak Ini Berani Sertai Program Berkhatan Walaupun Bukan Seorang Islam

Kini tiba ke penghujung tahun,sudah semestinya acara tahunan yang sentiasa diadakan iaitu acara berkhatan beramai-ramai kini giat di adakan di seluruh negara.

Advertisement

Acara berkhatan ini bukan sahaja disertai oleh masyarakat Islam khususnya,malah ada juga pengikut dari luar seperti Adik Brian ini.

Pada tahun ini, Brian mengikuti acara berkhatan yang diadakan. Namun siapa sangka di sebalik muka comelnya, terselit juga sedikit rasa takut untuk dikhatankan.

“Lepas ‘potong’ kena masuk Islam ke?”

Itulah antara soalan yang diajukan oleh Brian Wong, 7, kepada ibu saudaranya, Aly Wong apabila dia bercadang mendaftar nama anak saudaranya itu sebagai peserta acara khatan beramai-ramai.

Selain itu, pelbagai soalan lagi ditanya oleh Brian menyebabkan Aly terpaksa menerangkan satu persatu sehingga anak saudaranya itu benar-benar faham.

“Soalan pertama ditanya Brian sudah tentulah sakit atau tidak. Selain itu, dia mahu tahu bagaimana proses bersunat itu dilakukan serta apakah peralatan yang digunakan?

“Semua soalan itu saya jawab dengan jujur, malah menunjukkan kepadanya proses bersunat yang dimuat naik di YouTube. Memang pada awalnya dia tidak mahu kerana takut.

“Saya mengambil masa beberapa hari untuk memujuknya dengan memberi penerangan terperinci mengenai kaedah serta faedah bersunat,” katanya.

Brian adalah satu-satunya kanak-kanak bukan Islam yang menyertai program Jom Berkhatan anjuran Masjid Al Imam Al Ghazali, di sini, kelmarin.

Seramai 25 peserta mengambil bahagian terdiri daripada kanak-kanak berusia antara lima hingga 12 tahun.

Bercerita lanjut, Aly berkata, Brian juga bertanya mengapa perlu bersunat kerana setahunya orang bukan Islam tidak wajib berbuat begitu.

“Malah Brian bertanya saya adakah dia perlu memeluk agama Islam selepas bersunat. Saya agak terkejut dengan soalan ini, mungkin ada orang yang memberitahunya begitu.” katanya.

Sumber : Harian metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...