Lihat Gelagat Lucu Lelaki Ini Bila Dibenarkan Rentas Negeri

Trending

Lihat Gelagat Lucu Lelaki Ini Bila Dibenarkan Rentas Negeri

Seperti yang kita tahu, pergerakan rentas negeri akhirnya dibenarkan yang berkuat kuasa semalam selepas hampir sembilan bulan kerajaan melarang aktiviti tersebut susulan penularan wabak Covid-19.

Berita gembira tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas di Bangunan Perdana Putra, termasuk kebenaran untuk pulang ke kampung halaman.

Advertisement

rentas negeri
2 years ago

Khairy Kata 4% Lagi Sebelum Kebenaran Rentas Negeri

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kebenaran itu diberikan selepas kadar vaksinasi individu dewasa yang lengkap menerima vaksin telah mencapai 90 peratus. Aktiviti pelancongan juga dibenarkan selari dengan kebenaran untuk merentas negeri tersebut.

Pada masa yang sama, beliau mengingatkan agar rakyat Malaysia senitasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan meskipun kebebasan pergerakan telah diberikan.

Gaya lelaki bersiap untuk pulang ke kampung halaman selepas dibenarkan rentas negeri

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @diva.h.a yang memaparkan gelagat seorang lelaki sudah bersiap untuk pulang kampung halaman kerana sudah dibenarkan rentas negeri.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan lelaki itu sudah bersiap untuk pulang ke kampung halamannya. Apa yang membuatkan penonton terhibur melihat perkongsian video tersebut adalah apabila lelaki itu dilihat membawa beg yang sangat banyak.

Lebih melucukan, lelaki tersebut siap berpusing-pusing bersama beg yang dibawanya ditambah effect slow motion menandakan yang dia sememangnya gembira apabila pergerakan rentas negeri telah dibenarkan.

Penonton yang melihat perkongsian video tersebut pastinya akan merasa keseronokan dan tidak sabar untuk pulang ke kampung kerana lelaki tersebut juga sempat menggunakan lagu ‘Balik Kampung’ sebagai lagu latar.

“Balik kampung ke kena halau ni hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 344.2 ribu tontonan, 34.4 ribu tanda like dan 2.2 ribu komen. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lucu dan gaya lelaki tersebut.

Kebenaran rentas negeri Kebenaran rentas negeri Kebenaran rentas negeri Kebenaran rentas negeri Kebenaran rentas negeri Kebenaran rentas negeri Kebenaran rentas negeri

Kebenaran rentas negeri

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga berseloroh mengatakan yang lelaki tersebut dilihat seperti dihalau daripada rumah dan bukannya hendak pulang ke kampung kerana beg yang dibawanya terlalu banyak.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...