Lihat Gadis Singapura Ini Tuduh Pemandu Menculiknya, Main ‘Kad Bangsa’ Hanya Kerana Tidak Mahu Bayar Tol

Trending

Lihat Gadis Singapura Ini Tuduh Pemandu Menculiknya, Main ‘Kad Bangsa’ Hanya Kerana Tidak Mahu Bayar Tol

Satu video yang dimuat naik pada 31 Januari 2019 oleh seorang pemandu Go-Jek, perkhidmatan e-hailing di Singapura menyebabkan ramai orang geleng kepala.

Video tujuh minit itu dirakamkan oleh pemandu dan dimuat naik olehnya untuk menunjukkan sikap sesetengah penumpang:

Advertisement



Sebagai ringkasan, ini intipati video itu:

  • Pemandu membawa seorang penumpang ke balai polis setelah dia berulang kali mengatakan pemandu itu cuba menipu duitnya
  • Dia mendakwa jalan itu dilaluinya setiap pagi dan dia tidak pernah lalu di ERP
  • Pemandu itu meminta dia memberi jalan ke destinasi tetapi dia tak dapat memberikannya.
  • Pemandu berkata dia takkan mengambil satu sen pun tambang dan penumpang itu berkata dia takkan membayar tambang
  • Pemandu itu berkata penumpang itu boleh memohon bayaran balik dari Go Jek
  • Pemandu itu berkata, “awak patut naik bas, lebih murah.”
  • Pemandu tu berkata dia akan melaporkan insiden itu kepada polis dan Autoriti Pengangkuran Darat, dan meminta wanita itu juga melapor
  • Wanita itu kemudiannya cuba bergerak ke tepi apabila menyedari dia dirakam dalam kamera
  • Wanita itu kemudiannya membuat panggilan kepada seseorang, mendakwa pemandu itu ‘berbahaya’
  • Wanita itu sebenarnya membuat panggilan kepada ibunya
  • Ibu wanita itu berkata GPS penumpang telah dicatatkan
  • Pemandu berulang kali menyatakan dia hendak ke balai polis Toa Payoh.
  • Ibu wanita itu berkata pemandu itu tidak berhak menjadikan wanita itu ‘tebusan’
  • Apabila sampai ke satu lokasi di mana pemandu itu menyangka dia telah sampai ke balai polis, wanita itu menjerit minta tolong mengatakan dia telah diculik
  • Pemandu itu dilihat bercakap dengan seorang pegawai polis yang tidak kelihatan dalam video
  • Pegawai polis itu berkata lokasi itu bukan balai polis dan memberi arah ke balai
  • Wanita itu cuba keluar tetapi pintu kereta dikunci
  • Kemudian dia menjerit, “dia (pemandu) kunci pintu!”
  • Pemandu dan polis itu kemudiannya cuba menerangkan yang pintu itu terkunci secara automatik
  • Wanita itu kemudiannya menjerit, “Adakah kerana saya berbangsa Cina?”

Komen-komen di status lelaki itu sebulat suara menghentam wanita tersebut kerana perangainya yang histeris.  Hanya dalam masa sejam, video itu menerima 5,500 perkongsian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...