Lihat Foto Perubahan Kawasan Mekah Sebelum Dan Selepas Dilanda COVID-19

Trending

Lihat Foto Perubahan Kawasan Mekah Sebelum Dan Selepas Dilanda COVID-19

Wabak coronavirus atau COVID-19 sangat meninggalkan kesan kepada kehidupan kita semua. Terdapat banyak aktiviti orang ramai yang terpaksa ditunda bertujuan untuk menghentikan penularan wabak ini.

Baca: Iran Batalkan Solat Jumaat Untuk Cegah Jangkitan COVID-19

Advertisement

Antara yang sibuk diperkatakan oleh orang ramai ketika ini adalah tentang pengosongan tempat suci juga telah dilakukan seperti di Mekah dan juga Madinah. Sehingga telah menyebabkan urusan ibadah juga terganggu berpunca dari virus ini.

Beberapa gambar telah diambil dari ruang udara dengan menggunakan satelit baru dari syarikat teknologi ruang angkasa Maxar menunjukkan perbezaan sebelum dan selepas wabak ini menular.

(Sebelum) Foto ini telah diambil pada 14 Febuari

Menunjukkan orang ramai yang sedang mengelilingi masjid Kaabah.

Advertisement

(Selepas) Foto ini diambil hanya 18 hari kemudian

Gambar diatas menunjukkan jumlah umat islam yang kurang di kawasan tersebut selepas pihak berkuasa Saudi menutup Kaabah dan Masjid Besar di Mekah pada 27 Februari.

Masjid Besar atau Masjid al-Haram, di Mekah adalah antara pusat pelancongan yang paling popular dan juga merupakan salah satu pusat haji umat islam di seluruh dunia dan sentiasa dipenuhi oleh orang islam.

Selain itu, tempat suci lain di Iran seperti Hazrat Masumeh Shrine yang terletak di bandar Qom juga sedang menjalani transformasi yang sama. Gambar gambar tapak suci ini, popular di kalangan pelancong dan jemaah, telah diambil pada bulan September.

Suasana bandar Qom yang sesak dan dipenuhi orang

Di sini ia kelihatan jauh kurang sesak daripada 1 Mac

Walaupun pihak berkuasa tidak menutup tapak tersebut, para menteri telah meminta orang ramai untuk tidak di sekitar bandar Qom. Kini, pihak berkuasa Saudi juga telah menyekat visa pelancong bagi mereka yang melancong ke Mekah pada haji pada 27 Februari. Mereka kini telah membuka semula masjid untuk melakukan solat Jumaat.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...