Tular di media sosial TikTok hari ini apabila sebuah video memaparkan seorang ilmuwan agama telah berkongsi rezeki dengan ‘melemparkan’ duit kepada jemaah masjid.
Dalam video yang menjadi viral itu, seorang lelaki yang digelar sebagai habib telah membaling wang yang dipegangnya sebelum berlalu pergi.
Setelah dilemparkan wang tersebut, beberapa orang jemaah masjid dilihat berebut-rebut dan bergasak bagi mendapatkan habuan berkenaan.
Ia sekaligus mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang rata-rata beranggapan habib berkenaan tidak beradab selain perbuatan itu juga tidak dianjurkan dalam agama Islam.
Lebih baik lagi jika diberi dengan baik-baik agar tidak berebut.
Namun begitu, ada juga yang merasakan habib berkenaan cuba memberi pengajaran dalam nilai tersirat tentang harta duniawi.
Banyak orang melihat kepada adab. Tapi apakah kita tak terfikir kita yang sedang diuji oleh Habib?
Apa pula pendapat anda? Kongsikan kepada kami di ruangan komen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.