Lihat Cara Bagaimana Buat Bubur “Instant” Untuk Anak Kecil, Cepat Dan Mudah.

Trending

Lihat Cara Bagaimana Buat Bubur “Instant” Untuk Anak Kecil, Cepat Dan Mudah.

Mommy-mommy yang ada anak kecik baru nak belajar makan, elok sangat lah buat serbuk beras ni. InsyaAllah sangat praktikal dan mempercepatkan kerja.

Advertisement

Saya tunjuk step by step. Follow je.

1. Basuh beras dalam 1-2 cawan. Toskan. Kemudian goreng tanpa minyak.

2. Api kecik je ye. Nanti habis hangus beras tu jadi hikayat Mahsuri pulak beras terbakar

3. Ok sampai betul-betul kering macam ni.

4. Terus masukkan dalam blender. Blend sampai hancur.

5. Simpan dalam balang. Tutup rapat ye.

6. Ok ni cara nak masak bubur. Ambik sesudu serbuk beras tadi dan bancuh dengan air sejuk biasa. Kemudian masak atas api. Ok time ni boleh lah nak masukkan carrot/ayam atau apa-apa je.

Tapi lepas tu kena blend dulu untuk hancurkan sayur/lauk tadi sebelum bagi baby makan.

Jangan lama sangat dan jangan sekejap sangat nanti tak sempat masak beras tu.

Siap!!!! Ready to eat ??!

Semoga bermanfaat! Baby Riyani ucapkan selamat menjamu selera kawan-kawan

Kredit : Pn Nisa Razak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...