Dalam pada ramai yang mengambil tahu dan mengikut rapat perkembangan konflik di antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof, ada yang berpendapat bahawa isu mereka tidak perlu terlalu ‘diviralkan’.
Sesetengah individu berpendapat bahawa ia sepatutnya tidak perlu dihebahkan dan ada aib yang perlu dijaga meskipun kedua-duanya bergelar selebriti.
Meskipun begitu, sudah tentu setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan daripada sudut yang berbeza dalam hal seperti ini.
Seorang wanita memberikan pandangannya tentang kisah rumah tangga Syamsul Yusof dengan isteri pertamanya itu dan ia meraih perhatian warganet di Twitter.
Menurutnya, dia sedar tentang kewujudan komen-komen yang persoal mengapa netizen terlalu ambil kisah dengan cerita perpisahan selebriti.
Namun, pada pendapatnya kita perlu ambil tahu tentang hal sebegini bagi membuka mata terutamanya golongan wanita atau isteri.
Jangan lihat dari sudut mereka ini ‘orang terkenal’. Lihatlah dari sudut betapa terkesannya (hidup) wanita disebabkan seorang lelaki (suami) yang membuat keputusan untuk berpoligami.”
See the situation nowadays where women have to fight for basic rights. The rights for them and for their children to be provided for by their husband. And unfortunately it is happening a lot in our society. Hence, it does highlight and talk about a problem in our society.
— Deana Adziz (@DeanaAdziz) April 19, 2023
Tambahnya, situasi yang dilalui Sarah itu sebenarnya dilalui oleh ramai wanita yang memperjuangkan hak mereka dan hak nafkah anak-anak namun ia tidak dihebahkan seperti ini.
Perkara ini tidak dibincangkan atau disebarkan dengan meluas kerana wanita lain itu bukanlah selebriti atau siapa siapa.
Tidak perlu ikut rapat dengan cerita (Puteri Sarah dan Syamsul) ini. Tetapi cuba ambil pengajaran daripadanya. Permulaan, perlawanan dan keputusannya.”