‘Rumah ku syurga ku’, berada di dalam rumah adalah sesuatu yang sangat menyenangkan kerana disitu kita akan dapat berehat dengan lebih tenang. Tetapi, oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan mengambil tempoh sehingga 14 hari, semua orang seolah-olah buntu dan tidak tahu apa yang perlu dibuat.
Dengan menggunakan masa yang ada, seorang lelaki yang mempunyai kemahiran melukis yang tinggi telah berhasil mengubah suai sebuah bilik di rumahnya menjadi ‘kapal angkasa’.
Baru-baru ini, Ahmad Fathil Zakaria telah membuat perkongsian di laman Facebook miliknya mengenai proses ubah suai yang dinamakan Projek Perumahan Terbang itu.
“Sketch untuk idea pintu & ceiling. Dah ready? Jom scroll perlahan-lahan tengok step by step.”
1st sekali, aku lukis galaxy bahagian ceiling dulu.
Lepas tu, aku lukis pintu.
Tadaaa.. pintu dah siap. Terasa macam masuk ke dimensi lain.
Sebelum start lukis ke dinding, kita plan dulu nak buat apa.
Step 1, aku sketch perspektif pakai kapur dulu.
Tampal pakai masking tape dulu, lepas tu cat warna grey.
Dah pasang LED strips. Fuhhhhh… best kan?
Lampu LED tersebut juga boleh bertukar warna.
Beliau juga telah berkongsikan pandangan keseluruhan bilik itu.
Perkongsian tentang dekorasi sebuah bilik sekecil 68 kaki menjadi seolah-olah kapal angkasa itu, telah berjaya menarik perhatian ramai pengguna di Facebook. Kebanyakan dari mereka sangat terpukau dengan bakat yang dimiliki lelaki itu. Difahamkan, Ahmad Fathil memang mempunyai bakat melukis yang luar biasa sejak kecil lagi. Beliau juga merupakan seorang pelukis mural negara. Patutlah hebat!