Lihat Bagaimana Isteri Pertama Balas Dengan Cara Paling Win Selepas Berpisah Dengan Suaminya

Trending

Lihat Bagaimana Isteri Pertama Balas Dengan Cara Paling Win Selepas Berpisah Dengan Suaminya

Sebut je poligami depan kaum suami, mesti tersenyum lebar kan. Lepas itu siap senyum-senyum kambing lagi. Konon malu-malu kucing. Tapi hakikatnya memang si suami suka kalau berpoligami ni.

Advertisement

Sebenarnya tak salah pun nak berpoligami (kami tak kata kami sokong kami tak kata kami tak sokong). Tetapi lihat kemampuan diri sebelum nak berpoligami tu.

Macam kisah seorang wanita ini yang dimadukan oleh suaminya.

Tetapi wanita ini tidak mahu bermadu lalu meminta untuk dilepaskan. Setelah berpisah, wanita ‘balas balik’ perbuatan suaminya selama ini dengan cara paling win!

Suami aku nak kawen lain. Aku kata mampu ke? kawen la. Dia jawab mampu. Dia gaji 6k aku 5k. Lepas dia kawen aku tak nak dah bayar segala kewajiban dia. Aku tak kacau gaji aku. Dia marah aku tak tolong dia lagi kata aku melampau. Aku jwabla ko ikut sunnah aku ikut kwajiban.

Kata mampu jdi buktikan. Dia langsung xmampu. Mana hutang lagi. Nafkah aku dia dah culas.. Hebat btul kan… Aku biarkan smua dahulu. Anak2 pun da mluat dekat dia dgn perangai dia dah xtenang kat rumah.

Ank2 xpyah ajar dah pndai menilai la. Bil2 segala dia xbayar. Dah begelap rumah elektrik kna ptong. Xpe.aku sruh ank2 bsabar.aku sruh dia byar smuanya lg sekali.dia ttap xnak. Jgan kau mnyesal wahai suami!

Dalam diam aku plan nak pindah kat sabah negeriku tercinta.

Segala harta aku kat sni aku jual.Kereta aku ada dua. Dia bagi kereta aku satu kat bini muda dia. Demi Allah aku tak redha guna harta aku. Aku mintak dipulangkan dia tak nak. Aku balik kat sabah bercuti 2 minggu sambil urus perpindahan skolah anak2 aku. Di Sabah juga aku tuntut fssakh kat Kota Kinabalu.

Lepas dua minggu aku balik kl. Dia pulang rumah marah surat tuntutan fasakh sampai kat dia. Aku cakap la, “Ko tak mampu .rumah ni dah ko serahkan segala tngungjwab kat aku. Baik aku xda laki. Perangai ko da mcm ni. Xpela ko kan kebal nak tongkah dosa dunia.”

Aku bagitau semua tentang perpindahan aku dn anak-anak. Dia menangis meraung. Tak guna da menangis wahai suami dah terlambat. Hati ku dah tawar.

Rasa percaya tu mungkin boleh dipupuk tapi rasa hormat yg hilang ini tak mungkin ko dapat smula.

Aku dah tak nak hormat setia dan taat pada mu lagi. Sebab ko yang ajar aku semua tu. Ko tak pernah bimbing aku jadi isteri solehah. So rumahtangga ni untuk apa. Bermula la kerja aku kat sabah. Kami pun da berpisah.

Bila renung jauh-jauh tak pernah sangka jadi begini.

Zaman ni dorang paksa diri mampu sebenarnya tak. Ada hati tolong orang, isteri sendiri pun tak pernah berjemaah. Lepas berpisah kereta aku yang bini dia gunakan aku suruhla pulangkan.

Tapi dorang tak nak. Aku jual kat kawan baik aku tempat kerja lama.

Aku bagi kunci lain. Dia pergi la amik bila aku bagi kunci lain. Dia pergi la ambik bagitau dia dah beli. Bini bekas suami aku tu mengamok dia whatsapp aku macam-macam. Aku krik..krik je..

Tak da faedah. Tenang hidup aku sekarang. Hanya perlu jaga anak dan diri sendiri tak susah pon.

Bebas ke sana kemari tak payah minta izin segala. Aku benci lelaki begitu sebab aku juga adalah mangsa kehancuran rumahtangga ibu dan ayahku. Ayahku yang kejam sampai ke hari ini tak ada ruang untuk dia dihati aku.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...