Lihat 4 Bandar “Olok-Olok” Yang Dibina Tanpa Penduduk Untuk Tujuan Tertentu

Travel

Lihat 4 Bandar “Olok-Olok” Yang Dibina Tanpa Penduduk Untuk Tujuan Tertentu

Sejak dahulu lagi, pembinaan bandar atau kampung olok-olok telah wujud yang biasanya dijadikan lokasi penggambaran oleh syarikat-syarikat produksi. Terdapat juga bandar olok-olok yang dibina untuk tujuan-tujuan lain selain daripada tujuan penggambaran.

Advertisement

1. Bandar latihan ketenteraan Asymmetric Warfare Group

Asymmetric Warfare Group ditubuhkan pada tahun 2004 untuk melawan pengganas dan mengurangkan kelemahan tentera terhadap ancaman yang diterima. Pada tahun 2014, pasukan tentera ini membina sebuah bandar olok-olok seluas 300 ekar yang direkakhas untuk digunakan sebagai lokasi latihan tempur.

Bandar ini juga dilengkapi bangunan kedutaan setinggi 5 tingkat, sebuah bank, sekolah, kereta api bawah tanah, stesen kereta api, masjid, stadium bola sepak, dan juga zon pendaratan helikopter.

Projek bandar olok-olok yang menelan belanja sebanyak RM413 juta direka untuk meniru perkesitaran sebenar yang rumit dan mereka cuba untuk mencari penyelesaian jika serangan pengganas benar-benar berlaku.

2. Bandar Paris kedua – Perancis

Bandar Paris kedua dibina oleh Perancis ketika berlangsungnya Perang Dunia Pertama. Ia merupakan idea DCA, kumpulan pertahanan udara Perancis pada tahun 1918 untuk menipu juruterbang pesawat pengebom Jerman. Menurut akhbar Le Figaro yang menemui arkib ini, perancang tentera yakin juruterbang Jerman tertipu dengan pembinaan bandar Paris olok-olok ini dan membuatkan mereka menyerang bandar tersebut dan bukan bandar Paris yang sebenar.

3. Mcity – Amerika Syarikat

Mcity sebuah bandar olok-olok terletak di University of Michigan North Campus, Michigan. Ia sebuah bandar seluas 32 ekar yang turut mempunyai jalan raya, persimpangan jalan, laluan pejalan kaki, lampu isyarat, dan juga bangunan-bangunan. Ia dibina untuk digunakan sebagai lokasi menguji kereta pandu-sendiri.

Untuk menjadikan bandar ini seperti bandar sebenar, ia dihiasi grafiti dan garisan-garisan di atas jalan raya yang pudar. Bentuk jalan juga berbeza-beza termasuklah jalan berbukit. Terdapat terowong, bulatan (roundabout) dan laluan kereta yang diperbuat daripada bahan berbeza.

4. Kijong-dong – Korea Utara

Kijong-dong, sebuah bandar kelihatan seperti sebuah bandar yang benar-benar didiami oleh manusia. Ia dilengkapi kawasan perumahan, sekolah dan juga hospital.

Bandar ini dibina oleh kerajaan Korea Utara pada tahun 1954 yang diberi nama Propaganda Village atau Peace Village terletak di Zon Bebas Tentera (Demilitarized Zone -DMZ). Zon Bebas Tentera adalah kawasan yang memisahkan Korea Utara dan Korea Selatan.

Tujuan pembinaan bandar olok-olok ini untuk mengumpan mereka yang membelot kerajaan Korea Selatan.

Korea Utara mengatakan bandar ini terdapat 200 penduduk. Dakwaan Korea Utara itu dilihat tidak benar kerana menurut sumber lain, bandar itu kelihatan tiada tanda-tanda didiami oleh manusia.

Sumber : Telegraph , NY Post , Web Urbanist , iluminasi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...