“Life Is Short, Why Stress?” – Puteri Sarah Liyana Pertimbang Berbaik Semula Dengan Bekas Pekerja

Hiburan

“Life Is Short, Why Stress?” – Puteri Sarah Liyana Pertimbang Berbaik Semula Dengan Bekas Pekerja

Pelakon Puteri Sarah Liyana memaklumkan dia mempertimbangkan untuk berdamai dengan bekas pekerjanya yang didakwa memfitnah dan pecah amanah sebelum ini.

Semalam, Puteri Sarah dan Nazatul Nazira hadir ke mahkamah untuk proses mediasi kes tersebut namun gagal sebelum dibawa ke sesi kedua pada 25 September ini.

Advertisement

Puteri Sarah yang ditemui berkata, dia akan cuba untuk mencari jalan penyelasaian kerana enggan hidup dalam tekanan.

Life is short, why stress? memang saya nak tuntut hak saya. Tetapi kalau kita boleh tuntut dengan cara paling tenang dan terbaik untuk kedua-dua belah pihak, kenapa tidak?

Pihak saya tidak minta sebarang tuntutan. Saya hanya beritahu apa cerita saya, dan dia juga begitu.

Bila pegawai mediasi sudah dengar, dia yang beri solusi. Solusi yang dicadangkan baik. Saya pun dah tak larat nak bergaduh. Pengalaman sebelum ini mematangkan saya.

Dalam pada itu, pelakon itu memaklumkan dia tidak faham mengapa Nazatul ingin meneruskan saman balas terhadapnya.

Saya pun tak pasti dia nak saman saya sebab apa. Sebab syarikat ini adalah syarikat saya. Saya adalah pembiaya.

Kalau dia cakap kehidupan dia terjejas, kehidupan saya turut terjejas dengan fitnah yang dibuat olehnya.

Sebelum ini, Nazatul Nazira didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Puteri Sarah dan turut menggelar pelakon itu sebagai bodoh sombong dan mengambil dadah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Jeslina hashim nikah kerabat masa terdekat
5 months ago

"Dia Sangat Baik Dan Saya Sangat Mencintai Dia" - Jeslina Hashim Menghitung Hari, Bakal Nikah Kerabat Diraja Negeri Sembilan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...