Seharian bekerja, bila di rumah perlu pula meneruskan tanggungjawab kepada kepada keluarga, memasak dan mengemas rumah. Mesti penat kan? Lebih-lebih lagi untuk pastikan rumah sentiasa bersih dan teratur.
Pelbagai keperluan mesti ada dari penyapu, kain lap, baldi, pembersih sawang dan bermacam lagi. Sebab itulah mengemas dan membersihkan rumah memerlukan tenaga yang banyak. Sudahlah penat selepas kerja, kena pula hadap semua ini, stres dibuatnya!
Memperkenalkan Panasonic Cordless Stick Vacuum Cleaner
Memahami membersihkan rumah mungkin renyah dan berat, Panasonic memperkenalkan Stick Vacuum Cleaner untuk memudahkan kerja mengemas rumah. Paling penting, vacuum ini seringan 2.3kg, sangat ringan, guna lama pun tak terasa lenguh tangan. Walaupun ringan, jangan dipandang rendah fungsi alatan ini tau.
Rekaan unit utama pada bahagian atas vacuum memudahkan pengendalian. Posisi pusat graviti yang tinggi juga memberikan kestabilan ketika menggunakannya. Barulah senang nak mengemas dari atas lantai hinggalah ke siling.
Efektif dengan muncung berkuasa, berus V
Pembersihan juga menjadi lebih menyeluruh dengan muncung berkuasa dan berus V. Rekaan muncung dan berus dicipta khas ini mengumpul habuk dan debu di tengah-tengah secara berkesan, penggunaannya pun menjadi lancar dan bersih.
Pernahkah bila membersihkan rumah tapi tertinggal habuk dan debu di celah-celah perabot atau tempat sempit sebab gelap? Sekarang tidak ada lagi sebabnya vacuum ini dilengkapi lampu LED untuk menyuluh kotoran tersembunyi.
Rumah ada banyak jenis permukaan? Tidak ada masalah
Biasalah, setiap rumah pastinya ada pelbagai jenis permukaan mengikut kesesuaian dan keselamatan penghuninya. Muncung vacuum ini yang dipertingkatkan memudahkan menyedut apa juga kekotoran tanpa mengira jenis permukaan seperti lantai kayu, jubin atau permaidani.
Semua tentang vacuum ini ringkas dan senang. Dari mengguna sehinggalah menyimpan. Bersihkan bekas mengumpul habuk dengan satu butang, bilaskan dengan penapis dalam air untuk digunakan di lain waktu. Mudah!
Sibuk dengan kerja, urus keluarga, Mini RULO sedia membantu
Ramai yang dah mula perlu masuk kembali ke pejabat. Membersihkan rumah dirasakan satu keperluan yang leceh selepas penat dari kerja. Mujur ada Mini RULO atau robotic vacuum cleaner dari Panasonic.
Pasangkannya dan biarkan Mini RULO ini bekerja. Robot ini berupaya mengesan kotoran dalam rumah yang terdiri dari debunga, habuk, kelemumur dari haiwan & manusia dan bermacam lagi. Kebanyakannya tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tapi masalah ini boleh selesai dengan Mini RULO ini.
Saiznya yang unik dan kecil memudahkan pembersihan di ruang sempit, celahan serta penjuru secara efektif. Vacuum robot yang diprogramkan dengan Round and Random Running Program serta berus berbentuk V menambah fungsi pembersihan secara cekap dan menyeluruh.
Dirt Level Sensor kesan kotoran
Vacuum ini mempunyai Dirt Level Sensor Lamp yang menunjukkan kehadiran kotoran dengan warna lampu. Lampu merah bermakna kotoran tinggi dan sebaliknya lampu jika kotoran hanya sedikit dikesan.
Pengesan habuk rumah atau Mite Sensor akan mengesan partikel sehalus 20 micron dan mengubah kelajuan serta laluan pembersihan dengan jumlah habuk terkumpul. Bijak kan? Tak perlu fikir banyak. Tahu-tahu saja rumah bersih.
Untuk membersihkan rumah cara mudah tanpa mengambil masa lama dan langkah renyah, dapatkan kedua-dua model Panasonic Cordless Stick Vacuum Cleaner dan Mini RULO ini secara online atau menerusi pengedar sah berhampiran.