Sebelum ini, industri hiburan dikejutkan dengan berita mengenai perpisahan antara pasangan selebriti terkenal, Noh Salleh dan Mizz Nina yang didakwa telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur.
Susulan itu, Mizz Nina telah mengesahkan sendiri perkara tersebut dengan membuat pengumuman tentang penceraian mereka menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, Nina dan Noh masing-masing mengakui telah bersetuju untuk berpisah secara baik selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.
Terkini, Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman memuat naik beberapa keping gambar memaparkan dirinya bersama anak angkat, Musa di pameran dan pesta lampu di Japan’s TeamLab Light Exhibition, Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran tersebut, Nina turut berkongsi sedikit kemas kini mengenai keadaannya yang disifatkan masih baik dan bersyukur kerana dapat keluar bersiar-siar sambil menghirup udara segar dibawah sinar matahari bersama Musa dan rakan-rakannya.
Dalam pada itu, Mizz Nina berkata hidup harus diteruskan, malah berkongsi pesanan daripada salah seorang gurunya yang menasihati agar sentiasa bertawakal dan yakin dengan takdir Allah SWT walau apa pun yang terjadi di dalam kehidupan.
Allah tahu apa yang terbaik serta akan memberikan yang terbaik buat kamu. Kita hanya perlu meneruskan kehidupan dengan sebaiknya.
Menurut Nina, dia enggan ditenggelami dengan rasa sedih yang akhirnya akan membuatkan dirinya kurang aktif dan produktif untuk menempuh hari yang mendatang.
Saya sangat takut jika tidak menggunakan masa yang diberkan Allah kepada saya kerana terlalu terbawa-bawa dengan emosi negatif.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.