Lif Sedang Diselenggara, Netizen Puji Tiga Lelaki Bantu Angkat Lelaki Berkerusi Roda Naik Tangga

Kehidupan

Lif Sedang Diselenggara, Netizen Puji Tiga Lelaki Bantu Angkat Lelaki Berkerusi Roda Naik Tangga

Seorang lelaki berkerusi roda tidak menyangka kejadian yang tidak diduga menemukannya dengan insan-insan yang baik hati dan ikhlas membantu.

Menerusi perkongsian Ismail di TikTok, dia mahu menggunakan perkhidmatan tren KTM di Bukit Mertajam namun kebetulan pada hari itu lif di stesen tersebut diselenggara.

Advertisement

Tanpa disangka-sangka, muncul tiga lelaki yang membantu mengangkatnya berserta kerusi roda tersebut menaiki tangga ke tingkat atas.

Boleh dilihat seorang lelaki memegang bahagian depan kerusi roda sambil melangkah menaiki anak tangga manakala seorang lagi menyokong bahagian belakang untuk ke atas.

Jangan takut untuk ke mana mana sahaja. Ramai orang baik-baik. Terima kasih yang membantu.

@ismailazemin jangan takut utk kemana saja..ramai orang baik2 ..terima ksih yg membantu ..#ktmbukitmertajam #wheelchairtravel #spinalcordinjurysurvivor #spinalcordinjuryrecovery #pejuangspinalcordinjury💜 ♬ Seribu kemanisan – F

Perkongsian Ismail mendapat perhatian ramai di TikTok dan rata-ratanya memuji dua lelaki yang membantunya meskipun keletihan di bulan puasa.

Dalam pada itu, sesetengah individu memberi cadangan agar pihak KTM tambah baik lif sedia ada selain menyediakan kemudahan untuk golongan OKU di semua stesen.

komen netizen di TikTok

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

peniaga pasar malam ipoh sempoi
3 weeks ago

Berbeza Dengan Kejadian Di Kemaman, Netizen Puji Peniaga Pasar Malam Ipoh 'Guide' Pemandu Lalu Keluar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...