Lif Penuh Dengan Orang Sihat Walafiat Tapi Pemalas – Wanita Ini Sindir Rakyat Malaysia Pentingkan Diri Sendiri

Trending

Lif Penuh Dengan Orang Sihat Walafiat Tapi Pemalas – Wanita Ini Sindir Rakyat Malaysia Pentingkan Diri Sendiri

Walaupun zaman sudah serba maju, masih ada sesetengah masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran sivik dan sifat prihatin dalam diri mereka.

Advertisement

Kita boleh lihat banyak rakyat Malaysia yang masih bersikap mementingkan diri sendiri terutama sekali berkaitan isu penggunaan kemudahan awam seperti lif di pusat membeli-belah. Sebenarnya, isu ini  sudah dibangkitkan beberapa kali, namun masih ada sesetengah masyarakat yang enggan memberikan keutamaan kepada mereka yang lebih memerlukan seperti OKU, warga emas, ibu hamil serta ibu bapa yang membawa anak kecil terutama sekali yang menggunakan ‘stroller’.

Menerusi laman Twitter, wanita ini nampaknya tidak dapat menahan rasa geramnya dan meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap segelintir masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Niatnya bukanlah untuk mempertikaikan hak pengguna, tetapi tolonglah beri keutamaan kepada golongan yang lebih memerlukan apabila menggunakan lif.

Lif penuh dengan orang sihat walafiat tapi pemalas


Bukan sahaja ‘stroller’ tapi ‘wheelchair’ pun tak dapat naik



Memang padu betul kata-kata wanita ini, harapnya ia dapatlah memberikan kita kesedaran untuk lebih prihatin kepada masyarakat terutama sekali ketika berada di tempat awam. Janganlah pentingkan diri sendiri dan selalu amalkan juga sikap toleransi.

Sumber Berita : Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...