Libatkan Dana Awam, SPRM Lancarkan Siasatan Kerugian Pelaburan RM43.9 Juta Khazanah & PNB Dalam FashionValet

Trending

Libatkan Dana Awam, SPRM Lancarkan Siasatan Kerugian Pelaburan RM43.9 Juta Khazanah & PNB Dalam FashionValet

Difahamkan, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap kerugian pelaburan sebanyak RM43.9 juta yang perlu ditanggung oleh Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad dalam FashionValet (FV).

Melalui laporan New Straits Times, Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Tan Sri Azam Baki memaklumkan pelaburan FashionValet itu melibatkan dana awam dan merupakan kepentingan awam.

Advertisement

sprm fashionvalet

Jadi siasatan perlu (dilakukan) sama ada terdapat unsur-unsur jenayah atau tidak atau hal-hal lain berkaitan isu tatakelola.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan memberikan jawapan bertulis mengenai kerugian berjuta ringgit yang dilaburkan oleh Khazanah dan PNB terhadap FashionValet.

Tampil bersuara mengenai hal ini, usahawan, Vivy Yusof dan suami, Fadza Anuar selaku pengasas FashionValet menyatakan bahawa diri mereka bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan yang dihadapi.

sprm fashionvaletSumber : heartpatrick.com  

Kedua-dua memberitahu telah meninggalkan perniagaan dengan melepaskan jawatan bagi mengelak syarikat tersebut terjejas.

Vivyyusof bersuara
2 months ago

Kerugian RM43.9 Juta, Vivy Yusof & Fadza Anuar Mohon Maaf & Lepaskan Jawatan Dalam FashionValet

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : NST

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...