Liam Payne, bekas anggota kumpulan popular One Direction , ditemukan maut selepas terjatuh daripada tingkat tiga balkoni hotelnya di Buenos Aires, Argentina.
Memetik dari TMZ, dikatakan pihak polis dipanggil ke lokasi kejadian selepas mendapat aduan tentang seorang lelaki dalam keadaan agresif dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan dadah.
TMZ memaklumkan mereka menerima gambar mayat tersebut dan dapat dilihat dengan jelas tatu berbentuk jam di bahagian lengan kiri dan kala jengking di bahagian perut.
Turut dimaklumkan, sebelum kejadian itu berlaku Liam berkelakuan tidak menentu dan telah menghempas laptop yang dibawa bersamanya.
Bulan lalu, bintang popular itu menghadiri konsert rakannya iaitu Nail Horan di Buenos Aires dan penyanyi itu terbuka bercakap tentang masalah ketagihan dadah dan alkohol dihadapinya sejak beberapa tahun lalu.
Dia sempat membuat hantaran di aplikasi Snapchat memaparkan percutiannya di Argentina beberapa jam sebelum kejadian yang meragut nyawanya itu berlaku.