LHDN Seru Peniaga Mohon Geran Khas Prihatin (GKP) RM3000 Sebelum 31 Oktober Ini

Trending

LHDN Seru Peniaga Mohon Geran Khas Prihatin (GKP) RM3000 Sebelum 31 Oktober Ini

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tampil menyeru peniaga-peniaga mikro yang masih belum menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) agar mengemukakan permohonan sebelum 31 Oktober 2020.

Permohonan GKP ini difahamkan akan dibayar secara one-off berjumlah RM 3,000.

Advertisement

Bagi individu yang berminat mahu memohon, anda boleh melayari laman web KitaPrihatin untuk membuat permohonan bagi melayakkan diri anda menerima bantuan tersebut.

Sekadar informasi, GKP merupakan salah satu inisatif yang dilakukan oleh kerajaan bagi membantu peniaga-peniaga yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Berikut merupakan syarat-syarat yang harus ditepati buat individu yang mahu memohon bantuan terbabit.

1. Bukan penerima GKP sebelum ini.

2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.

3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:  Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000

4. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik.

5. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.

6. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

 

Untuk rekod, tarikh akhir membuat permohonan GKP 2.0 ini adalah pada 31 Oktober 2020. Pembayaran akan dikreditkan secara terus kepada akaun berdaftar pemohon. Malah, pembayaran pula akan dibuat seawal 25 November 2020 ini.

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...