LHDN Perhatikan Kekayaan Luar Biasa Di Media Sosial

Trending

LHDN Perhatikan Kekayaan Luar Biasa Di Media Sosial

Jaga-jaga, untuk netizen yang suka berkongsi apa sahaja termasuk aset yang anda ada di media sosial. Kerana ada pihak yang memerhati kekayaan yang anda tonjolkan walaupun di akaun peribadi.

Perkembangan media sosial pada masa kini banyak mempengaruhi kehidupan segelintir individu yang gemar berkongsi mengenai pemilikan barang kemas, jam tangan mewah, beg tangan, kereta mewah atau hartanah.

Advertisement

Oleh itu satu unit khas ditubuhkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk meneliti, memantau dan menyiasat mana-mana individu atau pemilik perniagaan yang menunjukkan sebarang harta kekayaan luar biasa di media sosial.

Unit itu akan menjalankan risikan lanjut sebelum mengambil tindakan susulan terhadap individu atau pemilik akaun di platform media sosial berkenaan.

Jika terdapat keraguan terhadap rekod berkenaan, maka LHDN akan menghantar surat meminta penjelasan daripada mereka

Apa yang akan mereka lakukan ialah, LHDN akan semak sama ada individu itu sudah mempunyai rekod pengisytiharan pendapatan atau belum dan sejauh mana kekayaan yang ditunjukkan itu setara dengan rekod berkenaan.

Tindakan dan langkah yang dilakukan oleh LHDN ini ialah bukan untuk menyusahkan atau bertindak kejam terhadap mana-mana pihak sebaliknya hanya untuk bertindak adil kepada semua pihak terutama pembayar cukai.

Sekarang memang dah menjadi trend usahawan media sosial dan influencer sering menayangkan apa sahaja yang mereka ada dan akan mendapat ribuan ‘like’ daripada pengikut mereka.

Ada juga yang terang-terangan mendedahkan pendapatan mereka kepada umum.

Jadi, pihak LHDN berkata, untuk mereka yang tidak melakukan kesalahan di bawah akta LHDN tidak perlu bimbang untuk berkongsi kekayaan dan kemewahan masing-masing.

Sumber: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...