Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan mengulas tentang kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang kini menjadi isu di negeri itu.
Tegasnya, rakyat Kelantan sememangnya tidak boleh menerima perhimpunan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan LGBT.
Tiada tempat bagi anda di Kelantan.

Mohamed Fadzli turut berkata kumpulan berkenaan bukanlah perkara baru memandangkan LGBT berada di seluruh dunia dan turut mengingatkan bahawa Allah SWT mencela dan melaknat kumpulan ini daripada zaman Nabi Luth lagi.
Apabila berlaku di Kelantan, ia sebagai amaran kepada kumpulan ini bahawa tiada tempat bagi mereka.
Tambahnya, kerajaan negeri tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi rakyat negeri tersebut tidak boleh menganjurkan dan menerima perhimpunan itu.
Mungkin tempat lain tidak menjadi isu tetapi apabila berlaku sahaja di Kelantan akan menjadi satu isu besar.
Minggu lalu, polis Kelantan berjaya menahan lebih 100 lelaki dalam serbuan perjumpaan hubungan sejenis di negeri itu selepas mendapat maklumat daripada orang awam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, hasil siasatan awal mendapati mereka masih belum melakukan sebarang aktiviti persetubuhan, namun terdapat persiapan ke arah itu. Malah polis turut menemui ratusan kondom serta ubat berkaitan HIV di dalam banglo yang diserbu.