Baru pindah rumah? Atau masuk rumah baru? Mestilah banyak kos perlu dikeluarkan termasuklah untuk barangan elektrik.
Tahu tak, sekarang lebih mudah dengan adanya alternatif LG Rent-Up, yang pertama seumpamanya di Malaysia. Lebih mampu milik, lebih fleksibel untuk kediaman lebih selesa untuk dihuni seisi keluarga.
Apa itu LG Rent-Up?
LG Rent-Up tawarkan sehingga 9 jenis peralatan elektrik rumah untuk disewa di kediaman masing-masing dengan harga berpatutan.
9 peralatan elektrik yang termasuk adalah penulen air, penulen udara, penghawa dingin, mesin basuh, peti sejuk, TV dan banyak lagi.
Semua peralatan yang diperlukan dalam setiap rumah ini ditawarkan dengan program sewaan 5 hingga 7 tahun mengikut rangkaian produk.
Disertakan servis layan diri & lawatan juruteknik
Selain dari fleksibiliti yang ditawarkan, produk LG juga disertakan dengan pakej servis layan diri dan lawatan oleh juruteknik LG. Jadi tak perlu risau jika peralatan yang disewa mengalami sebarang masalah untuk digunakan nanti.
Lebih mudah lagi, semua produk LG boleh diintegrasikan dengan aplikasi LG ThinQ untuk membolehkan pengguna memantau status produk yang disewa dengan mudah bagi memastikan peralatan tersebut kekal efisien.
Ada waranti sepanjang sewaan
Selain daripada ketersediaan perundingan pakar, perkhidmatan penghantaran dan pemasangan percuma, serta khidmat pelanggan, LG Rent-Up turut menawarkan waranti standard sepanjang tempoh penyewaan.
Mahu cuba sendiri rangkaian produk yang ditawarkan dalam LG Rent-Up ni? Kunjungi LG Brand Stop, Brand Kiosk dan HQ Showroom untuk mencuba dan melihat lebih dekat.
Klik https://www.lg.com/my/rent-up dan jangan lupa follow LG di Facebook untuk info dan promosi terkini.