Menurut laporan KOSMO, Lexus Malaysia telah memperkenalkan varian F Sport untuk model ES 250 hari ini. Presiden Lexus Malaysia, Ravindran K berkata, Lexus ES 250 ini antara sedan mewah eksekutif yang selalu menjadi keinginan ramai kerana perincian buatan, keselesaan serta kehalusannya dan kini ia diberikan beberapa peningkatan bagi model tahun 2021.
Terbaru menyertai barisan sedia ada ES 250 ini adalah varian F Sport dengan menawarkan keunikan tambahan. Sebagai sedan eksekutif, gaya yang ada pada Lexus ES 250 akan memenuhi selera tinggi sesiapapun.
Digabung dengan keterperincian dan kecemerlangan yang berterusan, peningkatan terhadap model yang dikemaskini ini akan mengekalkan ES 250 sebagai kenderaan sedan pilihan yang terbaik.
Tempahan awal dibuka bermula hari ini. https://t.co/qWNSrj9bEh
— Kosmo! Online (@kosmo_online) October 15, 2021
Beberapa aspek rekaan pada model ES 250 telah diperbaharui untuk tampil lebih segar
Menurut Ravindran K, walaupun rekaan jeriji spindle masih membawakan imej visual khusus Lexus namun elemen yang ada padanya telah diubah dengan mengurangkan palang melintang dan corak L yang memberi penekanan kepada aliran lateral.
Varian F Sport ini mempunyai corak yang terdiri daripada elemen L yang bersilang dengan kemasan metalik gelap manakala dua varian lain iaitu ES 250 Primium dan Luxury turut dipertingkatkan untuk model 2021.
Semua varian Lexus ES 250 menggunakan enjin 2.5 liter petrol dan transmisi lapan kelajuan automatik. Gabungan tersebut mampu menghasilkan kuasa maksimum 204 hp dan tork maksimum 247 Nm.
Lexus ES 2021 baru ini akan berada di bilik pameran bermula 31 Oktober 2021
Walaupun model baru untuk ES 250 ini akan berada di bilik pameran bermula pada 31 Oktober, namun tempahan awal sudah dibuka bermula hari ini di semua enam cawangan rasmi Lexus Malaysia.
Barisan sedan eksekutif tersebut dijual pada harga RM295,663.50 untuk varian Premium, RM329,910.50 untuk varian Luxury dan RM345,134.00 untuk varian F Sport.
Namun, semua harga yang dinyatakan tersebut adalah harga atas jalan dan tidak termasuk dengan insurans serta pengecualian SST hingga hujung tahun ini.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara