Lewat Pulangkan Wang Pelanggan Kerana Lesen Penerbangan Dibatalkan, Rayani Air Mohon Maaf

Trending

Lewat Pulangkan Wang Pelanggan Kerana Lesen Penerbangan Dibatalkan, Rayani Air Mohon Maaf

Pemilik syarikat penerbangan patuh syariah Rayani Air, Ravi Alagendrran tampil memohon maaf secara terbuka atas kelewatan memulangkan wang kepada pelanggannya susulan pembatalan lesen syarikat itu Jun lalu.

Advertisement

Ravi berkata ini kerana penarikan balik Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) dan Sijil Pengendali Udara (AOC) dibuat ketika pihaknya sedang memuktamadkan pelaburan, dan ini menyebabkan pelabur enggan bekerjasama.

“Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang memberikan komitmen memasukkan dana pada 31 Julai 2016 bagi menyelesaikan refund (pembayaran balik) telah menarik diri di luar jangkaan kami,” tulisnya dalam Facebook semalam.

Ravi turut akui pihaknya sedang berusaha keras dengan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA), untuk mendapatkan peluang kedua beroperasi agar pelabur dapat mengambil alih pemilikan syarikat dan membentuk pasukan pengurusan yang baharu.

Beliau kesal tidak dapat menjanjikan sebarang tarikh pembayaran balik, tetapi memberi jaminan Rayani Air akan mengutamakan pelanggan.

Mavcom membatalkan lesen Rayani Air pada 13 Jun lalu ekoran pelanggaran syarat selain kewangan dan pengurusan lemah.

Ia diikuti pembatalan AOC oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada hari sama.

Rayani Air yang memulakan operasinya pada 20 Disember lalu, merupakan syarikat penerbangan pertama di negara ini berlandaskan patuh syariah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...