Levi Penerbangan Akan Dikenakan Bayaran Dari RM8 Hingga RM150 Mulai September Ini

Travel

Levi Penerbangan Akan Dikenakan Bayaran Dari RM8 Hingga RM150 Mulai September Ini

Sesiapa yang ingin membeli tiket penerbangan ke luar negara adalah baiknya anda membeli sekarang kerana mulai September ini anda bakal dikenakan levi perlepasan.

Tetapi tahukah anda levi yang dikenakan adalah mengikut kelas penerbangan iaitu sebanyak RM8 hingga RM150 mengikut kelas penerbangan yang diambil.

Jika anda terbang ke negara ASEAN, anda perlu membayar levi sebanyak RM8 jika anda berada dalam kelas ekonomi dan perlu membayar sebanyak RM50 jika berada dalam kelas lain.

Advertisement

kelas ekonomi

Sementara itu, jika anda ke negara selain negara ASEAN, anda perlu membayar levi sebanyak RM20 untuk kelas ekonomi dan RM150 jika berada dalam kelas lain.
penerbangan kelas lain

Rang Undang-undang (RUU) Levi Pelepasan 2019 bagi menguatkuasakan kutipan levi bagi semua penumpang udara itu dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat pada April lalu.

Jika anda cuba mengelak daripada membayar levi perlepasan ini, anda boleh dikenakan denda sebanyak RM1 juta.

Sumber: Malaysia Kini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...