Baru-baru ini, gunung berapi Semeru yang terletak dalam wilayah Jawa Timur meletus mengeluarkan debu gunung berapi, pada Sabtu, sekitar jam 3.20 petang menyebabkan penduduk setempat bertempiaran lari bagi menyelamatkan diri.
Gunung tertinggi di Pulau Jawa berketinggian 3,676 meter itu mengeluarkan debu yang tebal sehingga menyebabkan beberapa kawasan lereng gunung seperti daerah Pronojiwo dan Candipuro diselaputi hujan abu.
Menurut ketua kampung, sebagai langkah berjaga-jaga, seluruh penduduk kampung telah diminta untuk meninggalkan rumah mereka bagi menyelamatkan diri.
Mother Earth is in mourning… #gunungsemeru ??( PTU )opens donations for semeru pic.twitter.com/H4FAIeupkX
— Whit (@Whitxd_27) December 5, 2021
Dalam pada itu, terdapat seorang penduduk tempatan memberitahu lahar gunung berapi mula dilihat kira-kira pukul 6 petang keesokan harinya (waktu tempatan).
Amat menakutkan. Saya mula terdengar bunyi-bunyi seperti guruh yang kuat.
Sekadar info, sekurang-kurangnya 13 maut akibat melecur manakala 98 cedera dan kali terakhir Gunung Semeru memuntahkan lahar sejauh 1 kilometer adalah pada 27 Ogos lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada puatan di bawah.