Letupan Paip Gas Putra Heights: Tak Puas Hati Hasil Siasatan Diklasifikasikan NFA, Penduduk Desak Buat Semakan Semula

Berita

Letupan Paip Gas Putra Heights: Tak Puas Hati Hasil Siasatan Diklasifikasikan NFA, Penduduk Desak Buat Semakan Semula

Melalui laporan Astro Awani, Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru (KKSB) meluahkan rasa tidak puas hati dengan hasil siasatan daripada pihak berkuasa mengenai letupan paip gas di Putra Heights yang diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

Penduduk desak buat semakan semula

Susulan itu, penduduk disana mendesak agar pihak berkuasa melakukan semakan semula.

Advertisement

Kata Setiausaha KKSB, Mohd Badly Nordin, keputusan yang dikeluarkan itu sama sekali mengecewakan serta mengundang tanda tanya terhadap ketulusan dalam siasatan, selain menafikan hak penduduk yang terjejas untuk dapat keadilan sewajarnya.

Mangsa yang cedera, kehilangan harta benda dan mengalami trauma seumur hidup berhak diberi kepastian tentang punca sebenar tragedi ini serta pihak yang seharusnya bertanggungjawab.

rumah letupan gas Putra Heights

Kredit: Kosmo!

Mahukan penjelasan terperinci

Disebabkan tidak berpuas hati, KKSB mencadangkan agar Suruhanjaya Siasatan Bebas ditubuhkan dan menuntut pendedahan penuh siasatan insiden ini, daripada siasatan teknikal serta forensik supaya pelindungan undang-undang dapat diberikan kepada saksi dan mangsa yang tampil ke hadapan.

insiden letupan gas putra heights

Kami meminta penjelasan terperinci daripada Kerajaan Negeri berkenaan pengagihan bantuan bagi mengelakkan ketidakadilan yang berulang.

Insiden letupan gas putra heights
2 days ago

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights: Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah, Sabotaj Atau Cuai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...