Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan bantuan bakal diterima pemilik rumah yang terkesan akibat daripada insiden letupan gas di Putra Heights baru-baru ini.
Kata beliau, jumlah sumbangan untuk rumah yang musnah sepenuhnya adalah sebanyak RM5,000 dari Petronas yang dikawal selia sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan RM5,000 daripada Kerajaan Persekutuan.
Ini bermakna pemilik rumah yang musnah sepenuhnya akan menerima RM10,000, manakala rumah yang terkesan dan juga penyewa akan menerima RM2,500 daripada Petronas dan RM2,500 oleh Kerajaan Persekutuan, menjadikan mereka akan dapat sebanyak RM5,000.
Selain itu, keluarga yang terjejas juga akan diberi bantuan sewaan untuk tempoh enam bulan dengan kadar RM2,000 sebulan bagi setiap rumah.
Tambahnya, sebuah laman web khas juga akan dilancarkan bagi membolehkan orang awam meneliti status penyaluran bantuan dan perkembangan pemulihan dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor sudah melakukan pemeriksaan serta siasatan dan mengesahkan sebanyak 151 rumah disahkan selamat dan pemilik rumah ini dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing…mungkin ada kerosakan kecil yang harus ditanggung, perlu dilaksanakan pembaikan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.