Letakkan Kekasih Ke Tepi, Nasihat Ustaz Wan Akashah Kepada Afiq Muiz

Hiburan

Letakkan Kekasih Ke Tepi, Nasihat Ustaz Wan Akashah Kepada Afiq Muiz

Sememangnya cinta boleh membutakan hati dan membuatkan hubungan kekeluargaan yang rapat menjadi renggang. Abang Nara suka mendengar kata-kata nasihat Ustaz Wan Akashah apabila diminta mengulas mengenai kontroversi yang sedang menghimpit Afiq Muiz dan ibunya.
afiq muizSebelum ini Ustaz Wan Akashah pernah memberi pandangannya mengenai kontroversi pertunangan Fizz Fairuz. Untuk isu kali ini, Ustaz Wan meminta agar Afiq bertaubat dan memohon maaf kepada ibunya secepat mungkin. Kata Ustaz Wan:-

Bertaubatlah pada Allah kerana di antara akibat dan bala yang Dia turunkan pada hambanya dengan segera apabila anak menderhaka kepada ibu dan ayah mereka. Dalam keadaan ini, hadis Nabi ada menyatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapanya dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapanya. Biarpun ibu dan ayah itu jahat, anak wajib menghormati mereka yang membesarkannya sejak kecil lagi. Lebih baik Afiq tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan, bertenang dan jumpa ibu serta bawa berbincang. Minta maaf kepada ibu atas segala dosa yang dilakukan itu

afiq muiz

Kata-kata nasihat Ustaz Wan Akashah bukan sahaja boleh diguna pakai oleh Afiq Muiz tetapi juga kepada kita yang masih mempunyai ayah dan ibu. Kadang-kadang kita sebagai manusia memang mudah terlupa betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Tambah Ustaz Wan lagi:-

Ingat, kejayaan dia (Afiq) adalah datang daripada ibu bapa yang mendidiknya. Macam mana sekalipun, anak wajib menghormati ibu bapanya terutama ibu. Dalam hadis ada menyebut, antara amalan yang paling disukai Allah ialah sembahyang pada awal waktu dan berbuat baik pada ibu bapa. Walau apa pun kejutan yang dibuat ibu daripada segi kenyataan atau tingkah laku, kita mesti wajib hormat walaupun tidak suka. Sebagai anak mesti mengalah, bukannya kutuk. Dalam hal ini, letakkan kekasih di tepi. Kerana cinta kepada kekasih boleh membutakan hati antara kaca dan permata kerana cinta membuatkan kita tidak dapat melihat kebenaran dan jasa ibu dan bapa kita

Advertisement

Semoga Afiq Muiz akan membaca kata-kata nasihat dan pedoman daripada Ustaz Wan Akashah ini. Letakkan ibu bapa sebagai keutamaan pertama dan ketepikanlah kekasih anda. Semoga kita juga turut mendapat sedikit pengajaran daripada apa yang sedang terjadi di antara Afiq dan ibunya. Info asal Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...