“Letak Seminit Je Ke Atas Api” – Restoran Gordon Ramsay Dikritik, Pesan ‘Medium Rare’ Tapi Dapat ‘Steak’ Mentah

Makanan

“Letak Seminit Je Ke Atas Api” – Restoran Gordon Ramsay Dikritik, Pesan ‘Medium Rare’ Tapi Dapat ‘Steak’ Mentah

Ramai yang rasa teruja bila dapat tahu chef terkenal antarabangsa, Gordon Ramsay telah membuka restorannya di Malaysia terletak di Hotel Sunway Resort.

Difahamkan, restoran mewah yang memiliki 7 Bintang Michelin itu adalah cawangan ke-36 dan berkonsepkan ‘Bar and Grill’.

Advertisement

Saya sering terpesona dengan Malaysia dan sangat gembira apabila ada peluang untuk membuka restoran di sana.”

BACA: “Tak Faham Masih Ada Yang Pergi”- Restoran ‘Western’ Kg Baru Sekali Lagi Tular, Kali Ini Ada Serangga Dalam Air Minuman

Namun, sebuah video tular di aplikasi TikTok baru-baru ini mempamerkan makanan di restoran terbabit.

Rakaman itu dimuat naik oleh seorang individu yang telah pergi merasai pengalaman makan di restoran mewah terbabit.

Menerusi video tersebut, individu bernama Jamie itu menunjukkan menu ‘steak’ dipesannya yang masih merah dan mentah.

Saya rasa lembu ini masih ‘mooing’ (hidup).”

Menurut Jamie dia pesan ‘steak’ itu dimasak ‘medium rare’ dan perkongsiannya itu sehingga kini telah mendapat lebih 7.7 juta tontonan.

@jamieyeoh

#klfoodie #gordonramsaybarandgrillsunway

? Funny Laugh no no no – Sound Effect

Menjengah ruangan komen, ramai netizen terkejut dan memberikan respon masing-masing tentang keadaan ‘steak’ itu yang menggelikan.

Ada yang berkata Gordon pasti akan marah dengan chef yang memasak ‘steak’ tersebut kerana dia juga dikenali dengan sikap suka menengking ketika di dapur.

Sesetengah netizen pula diliahat mengambil inisiatif untuk ‘tag’ Gordon Ramsay sendiri di ruangan komen serta menggesa chef kedua terkaya di dunia itu untuk memberikan penjelasan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

1 Comment

  1. anonymous

    July 6, 2022 at 4:47 pm

    itu cara omputih kau tekak melayu mkn gulai dging perak jakun